Di zaman teknologi ini, tidak dinafikan banyak kandungan negatif di media sosial boleh memberi pengaruh dan impak buruk terhadap kanak-kanak bawah umur.
Lebih membimbangkan jika ibu bapa bersikap lepas tangan dan tidak memantau penggunakan gajet di kalangan anak-anak.
Seperti kisah dikongsikan oleh penceramah bebas iaitu Akhi Fairuz Al-Jengkawi ini dimana seorang guru berkongsikan nota berahi yang ditulis oleh murid perempuan baru berusia 10 tahun.
Lebih mengejutkan, siapa sangka baru sahaja darjah 4 namun sudah berfikiran seperti orang dewasa, sememangnya tidak terjangkau dek akal.
Menurut Akhi, dia juga tertanya-tanya dari mana kanak-kanak itu belajar mengenai perkara itu adakah dari media sosial, perbualan bersama rakan atau mungkin pernah menjadi mangsa.
“Entah dari mana anak ini belajar. Melalui media sosial? Perbualan bersama kawan? Porn? Pernah jadi mangsa? Kesian sangat.
“Kadang tu kita rasa anak kecil lagi untuk tahu benda-benda sebegini. Tapi realitinya terlalu banyak perkataan yang anak dengar di sekeliling mereka; kondom, rogol, seks, malam pertama, malam jumaat, jolok, romen, fu*k dan lain-lain,” tulisnya.
Akhi turut memberi nasihat kepada ibu bapa dan guru agar tidak terus marah atau memukul jika berdepan situasi seperti ini sebaliknya tanya secara baik-baik.
“Jika guru atau ibu bapa berhadapan situasi ni, please jangan marah atau pukul anak. Jumpa budak ini secara berdepan, tanya baik-baik, tunjukkan rasa empati dan bantu apa yang patut. Jika ada berlakunya perbuatan jenayah di situ, kena buat laporan polis atau hubungi talian Kasih 15999,” tulisnya.
SUMBER: Facebook Akhi Fairuz Al-Jengkawi