Umum mengetahui, semalam prosiding lafaz cerai pelakon Hafidz Roshdi dan isterinya Nurul Shuhada ditangguhkan pada 20 Jun depan.
Tarikh itu ditetapkan selepas peguam yang mewakili Hafidz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan terdapat lafaz cerai di luar mahkamah yang didakwa berlaku sebanyak dua kali.
Sementara itu, Official Hlive Instagram dilihat ada memuat naik video pelakon tersebut memberikan kenyataan di hadapan wartawan.
Diruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan pelakon itu yang membuat laporan polis selepas isterinya mengalami keguguran anak ketiga mereka.
View this post on Instagram
Turut menjadi perhatian, ada yang meninggalkan komen tidak boleh fokus dengan apa yang diperkatakan pelakon itu kerana mata tertumpu pada telinga Hafidz.
Tidak kurang juga, ada yang mendakwa terlihat tahi telinga pelakon itu serta meminta untuk bersihkan telinga terlebih dahulu sebelum pergi ke mahkamah.
Terdahulu, Hafidz memaklumkan dia telah melaporkan kepada pihak polis selepas isterinya, Nurul Shuhada dilaporkan keguguran.
Hafidz juga mendakwa dia pernah menerima mesej daripada Shuhada yang meminta izin serta kos untuk untuk menggugurkan kandungan tersebut.