‘Hakim’ Jaga Amanah, Pelakon Lain Terkejut Teruk Tengok Ending Drama

0
26076

Semalam, berakhirnya drama Takdir Yang Tertulis arahan Shahrulezad Mohameddin. Melihatkan plot twist drama tersebut, ramai yang memuji fikiran luar kotak pengarah.

Episod akhir itu juga turut membongkar identiti sebenar bapa Mika. Bukan sahaja penonton terkejut, malah para pelakon juga turut terkejut.

Mana tidaknya, selepas 15 episod ramai yang sangkakan Ean lakonan Alvin Chong adalah bapa kepada Mika, tetapi rupanya Hakim lakonan Muaz Fitri Maslan yang merupakan rakan Ean dan Azlan ketika di universiti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by nazimothman (@nazimothman)

Menerusi satu perongsian di Instagram, Nazim Othman mengakui bukan sahaja penonton yang kena ‘game’ malah para pelakon.

Menurutnya, tiada siapa tahu ending sebenar drama tersebut kecuali ‘Hakim’ yang amanah menyimpan rahsia dari awal lagi. Ujarnya, mereka diberitahu oleh pihak produksi semua watak akan tahu bahawa Mika sebenarnya anak Ean.

Perkongsian Nazim itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak menyangka perkara itu tidak diketahui oleh pelakon lain.

Malah, pelakon lain drama tersebut turut meninggalkan komen akui terkejut dan tidak sangka bahawa mereka juga ‘kena game’ dengan pengarah.

Namun apa yang pasti, ramai yang mengagumi jalan cerita tersebut yang tidak cliche dan setanding drama Korea yang sering mendapat pujian ramai. Kami juga tertanya-tanya adakah akan muncul Takdir Yang Tertulis 2?

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.