Halang Kereta Keluar Parking, Vios Ini Umpama Kereta Berhias Sampah

Masalah ‘double park’ di Malaysia bukanlah perkara baru dan sering kali terjadi terutamanya di tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai serta kawasan yang sibuk.

Namun, pemandu Vios ini mungkin akan berfikir dua kali untuk double park selepas ini. Mana tidaknya, baru-baru ini tular video kereta berkenaan penuh dengan sampah di cermin hadapn kereta gara-gara tindakannya menghalang kerta lain keluar parking.

Perkongsian video di aplikasi TikTok itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyokong kereta berkenaan ditimbun dengan sampah kerana tindakannya itu.

 

Lebih menghiburkan, ada netizen menyindir dengan mengatakan sekali pandang disangkakan kereta pengantin tetapi rupanya ‘kereta berhias’.

Dalam pada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa puas hati serta berpendapat pemandu berkenaan perlu diberi pengajaran apatah lagi jika meninggalkan kereta tanpa melepaskan brek tangan yang sudah pasti menyusahkan kereta yang mahu keluar dari parkir.

Sementara itu, ada yang tidak bersetuju dengan tindakan meletakkan sampah di atas kereta berkenaan kerana kasihan pekerja sapu sampah yang terpaksa mengutipnya nanti.

Apa pun diharap insiden ini menjadi pengajaran kepada pengguna jalan raya supaya tidak sesuka hati parkir serta menghalang kenderaan lain. Bagaimana jika ketika itu kereta yang dihalang ada kecemasan, sudah pasti tindakan anda itu menyusahkan orang lain.

SUMBER: TikTok Weikit