Hancur Hati Dapat Tahu Suami Langgan Pelacur Masa Pantang Gara-Gara Ketagih Pornografi

Setiap rumah tangga pasti ada pasang surutnya, namun jika sudah melibatkan bermain kayu tiga atau melakukan sesuatu yang tak terjangkau dek akal, boleh punah sesebuah perhubungan.

Baru-baru ini, pakar motivasi Akhi Fairuz Al-Jengkawi berkongsikan kisah dimana si suami ketagih menonton video lucah sekaligus memberi kesan pada isteri serta rumah tangga.

Dikongsikan oleh seorang wanita yang meluahkan rasa terkilan dan hancur hati apabila mengetahui suami yang disannjung selama ini pernah melanggan pelacur.

Menurutnya tindakan suaminya terbongkar pada Oktober 2018 iaitu dua hari sebelum ulang tahun kelahiran suaminya.

Wanita itu berkata dia agak pelik apabila notification telefon bimbit suaminya asyik berbunyi tanpa henti. Disangkakan berkenaan hal kerja, tetapi dari group langganan pelacur.

Tengah malam hp suami tak henti berbunyi. Saya bangun ke tandas. Terus capai hp suami untuk tutup notification hp dia. Hp dia berpassword & thumb print. Tapi kedua-dua cara saya ada akses. Notification dari app WeChat yang selama ni dia cakap guna untuk kerja.

Rupanya dia ada akaun kedua WeChat tersebut. Dia lupa log out malam tu. Rupanya notification itu dari group langganan pelacur.

Saya buka satu-satu mesej & baca. Saya buka satu-satu group & tengok. Betapa hancur hati saya suami yang saya sanjungi & percaya selama ini pernah melanggan pelacur. Yang terbaru hanya 2 minggu sebelum saya jumpa mesej tersebut.

Kata wanita lagi, akhirnya dia mengetahui sebab sikap suaminya berubah ketika hamilkan anak pertama lagi. Ujarnya, suami sering memarahi dan meninggikan suara terhadapnya.

Pukul 3 pagi saya gerak dia bangun. Saya bertanya elok-elok. Minta dia jelaskan satu persatu apa yang terjadi. Berapa banyak perempuan dah dia pernah langgan.

Dia cerita A to Z. Dah 5 orang sejak saya mengandung anak pertama bawa ke anak kedua. Dalam perkiraan saya lebih kurang 3 tahun.

Yang lebih hancur hati saya dia melanggan pelacur semasa saya dalam pantang anak ke dua baru 2 minggu. Dia sanggup tinggalkan saya malam seorang di rumah dari pagi pergi kerja sambung melanggan pelacur.

Wanita itu turut bertanyakan suami mengapa dia berbuat demikian dan barulah dia tahu bahawa suaminya ketagih menonton pornografi.

To make it short saya tanya a big WHY?
Simple je dia jawab sebab terpengaruh dengan porn. Dia nak mencuba apa yang dia tengok tapi tak boleh buat dengan saya. Dari situ baru saya tahu dia juga addicted dengan porn.

Terlalu kecewa dengan apa yang berlaku, wanita itu berkata dia terpaksa jumpa pakar psikiatrik sehingga terpaksa ambil ubat depresi serta ubat tidur.

Saya tak boleh tidur malam. Kami hampir bercerai tapi memikirkan anak-anak masih kecil saya paksa diri memaafkan. Tapi cakap memaafkan memang senang.

Tapi kepercayaan tu langsung tak ada dah sampai bila-bila. Sampai ke hari ni saya masih berburuk sangka bila dia balik lambat & tak dapat dihubungi.

Walaupun dia dah bersumpah taklik jatuh talak ke atas saya kalau dia masih jumpa perempuan lain, berhubung dengan perempuan lain secara fizikal & apa jua media atas bukan alasan kerja.

Katanya lagi, meskipun tinggal sebumbung namun hubungan mereka masih dingin, malah suaminya jarang bercakap dengan dirinya dan anak-anak.

Ke hari ini & masa mendatang saya tak tahu apa akan terjadi dengan hubungan kami. Semuanya dingin walau kami masih sebumbung. Dia jarang bercakap dengan saya & anak-anak. Dia berada dalam dunia dia sendiri.

Kami dah jumpa pakar kaunseling keluarga. Cuma saya tak tahu apa yg ada dalam kepala suami saya. Dia berkeras & menafikan dia dah x buat lagi. Dia bersumpah dia berhenti sebab umur dah 40.

Dalam pada itu, wanita itu turut menitipkan pesanan kepada pasangan yang sudah berkahwin supaya berkomunikasi dan berbincang jika ada masalah dan jangan dipendam.

SUMBER: Facebook Akhi Fairuz Al-Jengkawi