Hanya 3 Bulan Merasa Hidup Senang, Isteri Muda Mengeluh Jaga Suami Terlantar Strok

Tidak dinafikan ramai wanita memilih untuk bermadu demi mengejar kesenangan. Namun, kehidupan bermadu tidaklah seindah seperti disangka.

Baru-baru ini tular perkongsian seorang wanita 28 tahun yang bergelar isteri kedua selepas berkahwin dengan lelaki berusia 55 tahun.

Bagaimanapun, kehidupannya berubah apabila terpaksa menjaga suaminya yang terlantar sakit selepas diserang strok dan tidak boleh menguruskan diri sendiri.

Wanita itu turut meluahkan rasa kesal apabila terpaksa menjaga suaminya sendiri kerana isteri tua seolah-olah lepas tangan.

Hanya merasai kehidupan senang selama tiga bulan sahaja, wanita itu berkata dia rasa tertipu kerana sebelum ini suami mengatakan dia mempunyai kereta dan rumah besar.

Namun selepas berkahwin dia hanya mendapat rumah berkembar sahaja. Malah, tiada kereta atas nama suaminya.

Wanita itu turut terkilan suaminya tidak pernah memberitahu mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Perkongsian wanita itu mendapat reaksi daripada seorang netizen yang memberi pesanan ‘padu’ kepada wanita yang berkahwin dengan suami orang kononnya mahu mencari jalan pintas untuk hidup mewah tetapi harta tersebut mungkin bukan miliknya sendiri.

SUMBER: Facebook Kami Suri Rumah