Hanya Membebel Di TikTok, Gadis 17 Tahun Mampu Beli Vellfire

Boleh dikatakan kini ada pelbagai cara untuk menjana pendapatan lebih-lebih lagi menerusi media sosial. Namun, seseorang itu perlu bijak mencari peluang.

Seperti seorang gadis berusia 17 tahun ini Nurin Lofa Adrianna Kirana, impak populariti yang diraih menerusi Tiktok membuktikan aplikasi itu mampu menjana wang jika dimanfaatkan sebaiknya.

Malah, siapa sangka dia kini mempu memiliki dua buah keretanya sendiri dimana sebuah kereta tempatan dibelinya tahun lalu, dan sebuah Toyota Vellfire dibelinya minggu lalu.

Tidak menyangka rezekinya murah sejak berkongsikan video di Tiktok pada Ogos tahun lalu, Nurin berkata dia menjana pendapatan menerusi paid review.

“Memang tak sangka sangat, masa pertama kali buat review saya pun tak yakin. Saya buat pun sebab ada orang minta.

“Lepas percubaan pertama, pemilik bisnes tu kata dia tak menang tangan layan pelanggan. Bermula dari situ saya tekad untuk buat berterusan,” katanya.

Nurin yang kini mempunyai 746,000 pengikut berkata hidupnya berubah sekelip mata kerana Tiktok sekaligus membuktikan bahawa dia juga boleh berjaya.

“Dulu kereta umi saya sanagat nazak. Ada orang kat sekolah yang ejek, hina kereta tu. Sebab tu saya beli sebuah kereta terpakai tahun lepas.

“Rasa macam tak percaya benda tu berubah sekelip mata. Sebelum ni pun, bilik saya berlantaikan tikar getah je,” katanya.

SUMBER: mStar Online