Hanya Sebab Buka Topeng Untuk Minum Air, Penunggang Motosikal Didenda RM1,000

Umum mengetahui sejak penularan COVID-19 di Malaysia, rakyat diwajibkan untuk memakai topeng pelitup muka ketika berada di tempat awam, tempat sesak dan pangangkutan awam.

Namun nasib malang menimpa dua penunggang motosikal ini yang didenda sebanyak RM1,000 seorang hanya kerana membuka topeng untuk minum air.

Memetik laporan World of Buzz, kejadian itu berlaku di daerah Kerian, Parit Buntar, Perak. Difahamkan, dua penunggang tersebut menunggu di hadapan sebuah pusat beli belah selepas menghantar rakan mereka .

Sementara menunggu, mereka membuka topeng untuk minum air. Namun, sebaik sahaja meletakkan air di dalam bakul motosikal, mereka tidak memakai semula topeng dan secara tiba-tiba tiga individu menghampiri menuduh mereka tidak memakai topeng.

Dua lelaki tersebut dipercayai pegawai berpakaian biasa kerana mereka tidak memakai pakaian seragam. Tetapi mereka memaklumkan bahawa mereka adalah polis dan meminta kedua penunggang motosikal itu masuk ke dalam kereta untuk dibawa ke ibu pejabat polis Daerah Kerian.

Laporan Sin Chew Daily turut berkongsikan foto resit kompaun dan kedua-dua penunggang tersebut dikenakan kompaun sebanyak RM1,000.

SUMBER: World of Buzz