Harga Bawang Jadi Mahal, Lelaki Ini Dedah Puncanya

Meskipun ekonomi berjalan seperti biasa semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun ia bukan situasi mudah bagi peniaga apabila ada yang terkejut dengan kenaikan harga barang sepanjang PKPB.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, @hanifmz yang juga seorang peniaga burger memuat naik foto harga sekarung bawang akui terkejut dengan harga daripada RM18 kini dijual dengan harga RM27.

Malah, Hanif turut kesal dalam keadaan PKPB dimana rakyat bergelut dengan komitmen masing-masing namun harga masing naik mendadak. Hanif turut mempersoalkan dimanakah menteri yang terlibat dan adakah harga barangan tidak dikawal.

Namun seorang lelaki yang juga seorang pembekal barang kering termasuk bawang tampil mengulas isu harga bawang yang mahal. Menurutnya, harga naik bukan secara tiba-tiba tetapi disebabkan bekalan tidak mencukupi sejak bulan Ogos.

Ujarnya, seperti diketahui India merupakan pembekal bawang terbesar dunia namun dibebabkan banjir melanda negara itu sekaligus menyebabkan beberapa ladang tidak dapat tuai hasil tanaman sehingga kekurangan bekalan.

Jelasnya, India juga terpaksa hentikan eksport bawang kerana penggunaan dalam negara juga tidak mencukupi.

Dalam pada itu, ujarnya ketika ini, para pembekal sedang mendapatkan bekalan bawang di Pakistan namun masih tidak mencukupi berikutan permintaan tinggi di seluruh dunia.

SUMBER: Twitter