Harga Pelitup Muka Diturunkan Kepada RM1 Sekeping

Dalam sidang dewan rakyat sebentar tadi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi mengumumkan harga siling bagi pelitup muka akan diturunkan kepada RM1 sekeping berbanding RM1.50 ketika ini.

Menurutnya, langkah itu diambil bagi meringankan beban rakyat terutama golongan ibu bapa yang perlu membekalkan pelitup muka untuk kanak-kanak ke sekolah.

“Harga pelitup muka akan dijual pada kadar lebih rendah, iaitu RM1 sekeping di peringkat runcit manakala 95 sen di peringkat pemborong.

“Kita bersedia untuk turunkan lagi kepada paras harga yang lebih rendah pada masa akan datang,” katanya.

Beliau menjawab kenyataan itu bagi menjawab soalan Chong Chieng Jen (DAP-Stampin) mengenai rasional peningkatan harga maksimum pelitup muka daripada RM0.80 sen sekeping ke RM1.50 sekeping.

Seperti diketahui, kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awak yang sesak dan pengangkutan awam mulai 1 Ogos manakala harga siling diturunkan kepada RM1.50 mulai 15 Ogos ini.

SUMBER: BH Online