Hari ini bermula sesi persekolahan secara bersemuka bagi tahun 2021 selepas hampir dua bulan mengikuti kelas secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berikutan pandemik Covid-19.
Namun seperti saban tahun, pasti ada sahaja ragam terutama murid-murid darjah 1 yang bertama kali menjejakkan kaki ke sekolah rendah.
Hari ini tular video yang dikongsikan oleh Info Roadblock JPJ/Polis di Facebook memaparkan telatah murid darjah satu dipercayai melarikan diri dari sekolah.
Video tersebut dirakam oleh seorang lelaki yang cuba memujuknya untuk menghantarnya pulang ke rumah. Namun tindakan lelaki itu yang mengejarnya tidak berhasil apabila budak tersebut lari lebih laju.
Kemudian, seorang wanita yang menaiki motosikal membantu mengejar murid tersebut dan membawa menaiki motosikal bersamanya.
Namun tidak diketahui kejadian di sebalik video tersebut. Dalam pada itu, video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan aksi murid berkenaan.
Mana tidaknya, laju betul lari sampai tercungap-cungap lelaki yang cuba mengejar untuk memujuknya. Lebih terhibur, ada yang mengatakan murid tersebut pasti akan menang jika menyertai acara merentas desa.
Tidak kurang juga ada yang berkongsikan pengalaman hampir sama apabila ada anak yang lari dan menangis di hari pertama persekolahan.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram