Kalau pergi ke gedung perabot IKEA, tak sah rasanya kalau tak pekena Swedish meatballs yang popular gila tu.
Boleh dikatakan ramai yang datang ke sana untuk menikmati bebola daging tersebut dan bukan untuk beli barang IKEA.
Baru-baru ini, tular perkongsian seorang pengguna Twitter Sufian Abas yang memuat naik papan tanda mengenai bebola daging di gedung perabot itu yang memaparkan menu bebola daging kanak-kanak.
Jika melihat pada papan tanda itu ianya merupakan kids meatballs namun ianya berbunyi lain apabila diterjemahkan dalam Bahasa Melayu.
Lebih lucu, pengguna Twitter itu turut berseloroh mengatakan dia tidak makan kanak-kanak apatah lagi dalam bentuk bebola daging.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan terjemahan tersebut serta tertanya-tanya mengapa iantya tidak diterjemah secara betul.
Apa pun mungkin ada yang terlepas pandang mengenai terjemahan tersebut. Risau pula bila tengok dekat papan tanda hidang ‘Bebola Daging Kanak-Kanak’