Hidup Dengan Cara Zuhud, Netizen Kesian Ina Naim Dapat Lelaki Pemalas?

Sebut saja nama penyanyi Suhaimi Saad pasti ramai tahu bahawa bekas anggota kumpulan nasyid In Team itu pernah mencetuskan kontroversi kerana pendirian anti vaksin dan pernah membuang ubat hospital.

Malah, sebelum ini juga Suhaimi mendedahkan dia memilih untuk hidup dengan cara zuhud bersama isteri dan anak-anak.

Menerusi sesi live baru-baru ini, Suhaimi turut memberitahu rumahnya tidak mempunyai mesin basuh atau peti ais.

Perkongsian Suhaimi itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kasihan dengan isteri penyanyi itu iaitu Ina Naim serta mendakwa mempunyai suami pemalas. Lebih membimbangkan netizen apabila anak-anak mereka juga tidak dihantar ke sekolah.

Dalam pada itu, ada yang menyindir penyanyi itu jika benar mahu mengamalkan cara hidup zuhud tak perlu menggunakan kereta.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan, apa yang diperkatakan oleh Suhaimi tidak seiring dengan apa yang dilakukannya dimana memilih untuk hidup cara hudud tetapi bermain TikTok.

SUMBER: Twitter