Hina Pak Cik Tua Dalam Video, Sharnaaz Ahmad Mahu Freekick Dagu Lelaki Tidak Beradab

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila tular video di media sosial mengenai seorang influencer dan juga usahawan, Carl Samsudin bercakap kasar dengan seorang warga emas.

Video tersebut memaparkan dirinya meninggikan suara kepada seorang warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur. Susulan tindakannya itu, usahawan berkenaan dikecam teruk oleh netizen.

Isu tersebut turut mendapat perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad yang meluahkan rasa berang di Insta Story miliknya. Menerusi satu entri, Sharnaaz mengatakan mahu freekick influencer berkenaan.

Dalam pada itu, Sharnaaz berkata jika selepas ini ada yang masih membeli produk dijual influencer berkenaan bermakna anda sudah kena ‘game’ dengan marketing usahawan tersbeut.

Sharnaaz turut memberi teguran, biar tiada rupa tetapi sekurangnya ada adab lebih-lebih terhadap orang tua.

SUMBER: Twitter