Hina Pemergian Mamat Khalid Kerana Lagu Apokalips, Komen Netizen Ini Undang Kemarahan

Semalam, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian pengarah dan penerbit berbakat besar, Allahyarham Mamat Khalid akibat serangan jantung.

Menurut anaknya, Mohd Khalid Amen Mohamad, arwah bapanya sempat membuat persembahan di hadapan ahli keluarga di kafe miliknya Sarang Art Hub.

Khalid berkata, Allahyarham yang bermain keybord memainkan lagu Apokalips sebelum tiba-tiba terdiam dan rebah.

Bagaimanapun, komen seorang individu mengundang kemarahan netizen apabila seolah menghina pemergian pengarah itu dengan mengatakan sebelum mati sepatutnya banyakkan membaca Quran atau zikir bukan menyanyi.

Seperti sudah dijangka, individu tersebut dikecam netizen lain kerana seolah tidak menghormati orang yang sudah tiada dan tidak sepatutnya meninggalkan komen biadap sedemikian.

Dalam pada itu, di ruangan komen ada yang menyatakan lagu Apokalips ciptaan Allahyarham Loloq dan M.Nasir itu berkaitan dengan keagamaan.

Menerusi satu perkongsian, seorang individu bernama Fairuz Hafeez menginterpretasikan lirik lagu tersebut. Melihatkan pada bait-bait lirik sememangnya berunsur keagamaan.

Sementara itu, ada netizen meninggalkan komen mengkritik tindakan individu tersebut dengan mengatakan siapa dirinya mahu menghina orang lain dan yakinkah bahawa dia dijamin masuk syurga apatah lagi tindakannya itu bercakap buruk tentang mereka yang telah pergi.

Jika tiada benda baik untuk diucapkan, lebih baik berdiam sahaja kerana bimbang kata-kata yang dikeluarkan boleh mendatangkan dosa. Salam takziah buat keluarga Allahyarham Mamat Khalid. Al-Fatihah.