Hormat Orang Berpuasa, Lelaki Cina Sanggup Berpanas Makan Sorok-Sorok Belakang Kedai

Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai kaum, agama, budaya dan adat. Jadi setiap kali bulan Ramadan, mereka yang bukan beragama Islam tidak akan makan secara terang-terangan atau dekat dengan orang berpuasa.

Meskipun tidak pernah dipaksa untuk makan secara sembunyi, namun atas dasar hormat orang berpuasa ramai yang berbuat demikian.

Seperti yang dilakukan oleh pemuda berbangsa Cina ini yang menghormati orang berpuasa sehingga sanggup makan secara sorok-sorok dan berpanas di belakang kedai.

Meskipun kurang selesa dan dilihat berpeluh-peluh, namun dia berbuat demikian kerana hormat dengan orang yang berpuasa.

Tidak hanya setakat itu, pemuda itu juga turut melakukan cabaran berpuasa selama sehari untuk merasai sendiri bagaimana rasanya menahan makan dan minum.

Perkongsian pemuda bernama James itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sikap murninya yang saling menghormati agama lain.

Malah, ada yang mengatakan tidak perlu sorok-srok makan kerana ia bukan masalah besar bagi mereka yang berpuasa. Tidak kurang juga ada yang mengagumi dengan sikap tolak ansur pemuda serta berharap ia dapat dijadikan contoh.

SUMBER: TikTok