Melihatkan kes Covid-19 berada dalam keadaan membimbangkan, kerajaan kembali melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara sehingga 7 Jun depan.
Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat menyimpan jenazah yang meninggal dunia akibat COVID-19.
Menerusi perkongsian di Twitter itu, KKM turut memaklumkan enam lagi kematian dilaporkan di hospital berkenaan semalam.
Jabatan Perubatan Forensik @HOSPITALSGBULOH terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan jenazah/mayat yang meninggal dunia kerana #COVID19.
Hari ini, enam lagi kematian dilaporkan di hospital itu.
Lebih 80% kematian COVID-19 pic.twitter.com/Eul26Fwkyp
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) May 16, 2021
Menurut kenyataan itu, lebih 80 peratus kematian akibat jangkitan COVID-19 di negara ini adalah daripada golongan berusia dan menghidap lebih satu penyakit kronik atau komorbiditi.
Semalam, sebanyak 3,780 kes COVID-19 dicatatkan dengan 36 kematian direkodkan. Sabtu lalu, negara mencatatkan angka kematian harian COVID-19 tertinggi iaitu sebanyak 44 kes.