Ibu 6 Anak Didakwa Ketagih Bermain PUBG, Sanggup Abai Keluarga Demi ‘Live’ Di TikTok

Tidak dinafikan kerjaya streamer kini menjadi pilihan ramai apatah lagi mampu menjana pendapatan yang lumayan. Ada yang padal awalnya kerana minat namun siapa sangka menjadikan ianya sebagai kerjaya.

Bagaimanapun, ada yang ketagih sehingga mengabaikan tanggungjawab harian mereka.

Seperti luahan tular yang dikongsikan di Twitter baru-baru ini, kisah tersebut diceritakan oleh seorang individu mengenai kakaknya yang diceraikan suami kerana ketagih bermain permainan atas talian PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG).

Menurut individu itu, kakanya mula terjebak dengan perminan PUBG itu sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan terus ketagih.

“Jadi dekat kakak aku sendiri sampai cerai-berai. Kakak aku itu dah ada enam anak, kahwin awal. Terjebak dengan PUBG masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), sejak itu dia terus gila game (permainan video),” kongsi individu itu.

Menurutnya, kakaknya sudah mempunyai enam orang anak dan disebabkan ketagih dengan permainan itu perniagaan dimiliki juga musnah dan kereta mewah tergadai.

“Bisnes hancur, kereta mewah pun digadai sebab fokus hanya pada game, memang betul-betul melalaikan sampai anak-anak dia pun mak ayah (ibu bapa) aku yang jaga sebab terlalu terabai,” tulisnya.

Apabila ditegur, kakaknya mengatakan ia hanyalah konten dan mahu mencari duit. Katanya apabila membuat live di TikTok akan mendapat ‘gift’.

Malah, individu itu berkata apabila kakaknya itu ditegur oleh suami pasti akan timbul pergaduhan dan bergelut di depan anak-anak sehingga menjadi trauma.

“Bila orang tegur dia kata hanya content (bahan video), nak cari duit. Kalau buat live di TikTok selalu dapat ‘gift’. Suami tegur pun jadi gaduh, bergelut depan anak-anak sampai mereka trauma. Sekarang dah bercerai.

“Anak-anak mereka mak ayah aku yang jagakan sekarang. Cuma aku selalu doa kakak aku berubah dan sekarang macam kurang sikit game dia, dah ingat anak-anak, tak teruk macam dulu,” katanya.

Dalam pada itu, individu tersebut turut menitipkan nasihat kepada mereka diluar sana agar tidak terlalu taksub bermainan permainan video sehingga mengabaikan tanggungjawab.

SUMBER: Twitter