Boleh dikatakan ramai yang terkesan sehingga terjejas pendapatan susulan pandemik Covid-19. Ada syarikat terpaksa gulung tikar, malah ada yang kehilangan kerja.
Malah, ramai yang terpaksa berniaga kecil-kecilan untuk menampung kehidupan serta menyara keluarga. Seperti seorang pemuda ini yang meminta netizen membantu mempromosikan jualan jeruk mangganya.
Lebih menyentuh hati, pemuda berkenaan berkata ibunya baru sahaja meninggal dunia minggu lalu dan kini dia yang menanggung keluarga. Dia yang kehilangan kerja sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) difahamkan kini hanya tinggal bersama adiknya sahaja.
Katanya lagi, sebelum ini dia bekerja tetapi dalam status kontrak, namun syarikat tidak dapat meneruskan kontrak tersebut susulan PKP. Malah, adiknya juga turut berdepan nasib yang sama apabila dibuang kerja kerana PKP.
Ujarnya, buat masa ini dia yang menganggung segala komitmen bulanan seperti membayar rumah, barangan dapur, bil-bil kemudahan dan sebagainya.
Terbaru, pemuda itu meluahkan rasa syukur apabila menerima banyak tempahan jeruk mangga dan berterima kasih kepada netizen yang viralkan perniagaannya itu.
SUMBER: Twitter