Ibu Dedah Punca Penagih Naik Gila, Sanggup Terajang Kepala Bapa Tiri

Dua hari lalu tular video di media sosial seorang lelaki memukul dan menendang seorang warga tua sehingga terduduk membuatkan netizen berang.

Difahamkan, lelaki tersebut memukul warga emas yang merupakan bapa tirinya itu berikutan tidak diberikan wang untuk membeli dadah.

Suspek kemudiannya ditahan di kawasan Lubuk Boidi dan siasatan lanjut mengenai kejadian itu sedang dilakukan.

Memetik laporan Harian Metro, ibu suspek Salmiah Man, 66 tahun serta suaminya Nordin Ahmad, 72 tahun berharap anaknya itu dihukum penjara serta mendapatkan rawatan kerana perbuatannya boleh mengancam nyawa mereka.

“Walaupun dia (anak) buat pada kami, baik buruk…dia tetap anak mak cik,” katanya.

Menurut Salmiah lagi, dia dan suami pernah melaporkan kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengenai anaknya itu kerana anak lelakinya itu kerap mengamuk jika tidak diberi wang untuk membeli dadah serta bimbangkan keselamatan mereka.

Berkongsi cerita pada hari kejadian, Salmiah berkata anaknya itu pulang ke rumah untuk meminta duit sebanyak RM50, namun suaminya meminta untuk memberi RM10 sahaja kerana mahu berjimat.

Berang permintaannya itu tidak ditunaikan sekaligus menyebabkan anaknya yang berusia 29 tahun itu mengamuk dan menendang bapa tirinya dari belakang.

“Dia selalu balik sini… mak cik bagi dia makan dan selalu dia mintak duit. Kadang-kadang sampai RM50 tetapi semalam pak cik minta bagi RM10 sahaja sebab nak berjimat menyebabkannya terus berang dan mengamuk.

“Dia masuk ke dalam rumah untuk ambil surat OKU mental dia sebelum keluar dan tendang pak cik dari belakang,” katanya.

Sementara itu, mangsa yang juga bapa tiri suspek berharap anak tirinya itu dapat ditahan lebih lama kerana bimbang akan pulang membalas dendam.

Akibat kejadian itu, Nordn cedera di telinga, tangan kiri serta cedera rusuk kanan selepas dipukul dab ditendang anak tirinya.

Menurut pihak polis, suspek yang memiliki kad orang kurang upaya (OKU) pesakit mental kini direman sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan.

SUMBER: Harian Metro