Ibu Heret 3 Anak Kecil Cari Rezeki Dalam Tong Sampah Undang Sebak Netizen

Tidak dinafikan ramai yang terjejas pendapatan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak pasti sampai bila kesudahannya.

Seperti video tular baru-baru ini, dikala ramai yang duduk berehat di rumah ketika PKP, ada yang terpaksa melakukan pelbagai kerja untuk mencari rezeki.

Menerusi satu video dikongsikan di TikTok, Nadya Zaira dimana dia terjumpa seorang ibu bersama tiga anaknya yang masih kecil di tempat pembuangan sampah.

Dalam video itu, wanita tersebut dilihat sedang mencari barangan yang boleh dikitar semula daripada sebuah tong sampah besar sambil diperhatikan tiga anaknya yang duduk di motosikal.

Sebak melihat kesusahan ibu tiga anak itu, suami Nadya menghulurkan sedikit wang buat anak kecil wanita itu. Dapat didengar Nadya turut mengatakan jika kita merasakan diri kita sudah, ada orang jauh lebih susah di luar sana.

@nadyazaira92Kita bantu kita , semoga kita semua boleh hadapi ujian yg diberi.##fypシ ##kelateteam ##tiktokmalaysia ##kitajagakita♬ original sound – Nadya Zaira

Dalam pada itu, Nadya turut meminta orang ramai turut sama membantu golongan susah serta mendoakan agar kita semua dapat menghadapi ujian diberikan.

Perkongsian Nadya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak melihat nasib ibu bersama tiga anaknya itu. Malah, memuji kegigihan wanita tersebut yang sanggup bersusah payah demi anak.

Tidak kurang juga, ramai yang mendoakan agar ibu tersebut dilimpahkan rezeki supaya dapat membesarkan anak-anaknya dengan baik.

Dalam pada itu, ada yang meminta Nadya supaya berkongsikan lokasi berkenaan supaya lebih ramai lagi tampil menghulurkan bantuan kepada keluarga tersebut.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.

SUMBER: TikTok