Pasti ramai masih ingat lagi dengan kes empat tahun lalu dimana seorang pemuda didakwa membunuh abang iparnya dalam satu kejadian di Kampung Sabah Baru, Jalan Tengah Nipah, Lahad Datu, Sabah.
Bagaimanapun, Oktober lalu mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh abang iparnya.
Namun ramai tidak tahu kisah disebalik kejadian itu dimana dalam kejadian 3 petang pada 16 Jun 2017, tertuduh Aldin Tawasil didakwa bertindak menikam abang iparnya, Ronston Tunai yang tergamak merogol adik isterinya sendiri.
FAIL 302: NAFSU SERAKAH ABANG IPAR
Detik itu, remuknya hati seorang ibu melihat anak yang dikandung dan dibesarkan, riwayatnya bakal berakhir di tali gantung!
Ini adalah bebenang pic.twitter.com/MQnAyDVwxu
— SinarHarian (@SinarOnline) October 25, 2021
Menurut laporan, supek yang berang apabila mengetahui insiden tersebut dan sebagai seorang abang sudah tentu mahu menjadi pelindung kepada adiknya.
Suspek dikatakan mengejar mangsa dan menikamnya berkali-kali. Bagaimanapun, tindakannya yang gagal mengawal amarah menghancurkan segalanya dalam sekelip mata.
Dalam kejadian itu, 13 tusukan pisau menembusi tubuh Ronston selepas berlaku pergelutan di antara mereka berdua.
Suspek kejar mangsa, tikam berkali-kali
Naluri seorang abang yang sentiasa ingin menjadi pelindung kepada adik-adik, menyebabkan tertuduh naik berang apabila mengetahui insiden memalukan itu.
Abang mana yang tidak sayangkan darah dagingnya sendiri.
— SinarHarian (@SinarOnline) October 25, 2021
Berdasarkan keterangan diberikan tertuduh, mangsa terlebih dahulu menyerangnya dengan pisau selepas perbuatannya merogol adik ipar terbongkar.
Tertuduh dalam keterangan memaklumkan dia menikam mangsa kerana berang selepas mengetahui adik perempuannya dirogol.
Bagaimanapun, keterangan tertuduh yang mengemukakan bukti tindakannya adalah untuk mempertahan diri tidak berpadanan dengan keadaan si mati.
Tertuduh didapati tidak mengalami sebarang kecederaan berbanding si mati yang mempunyai 13 kesan tikaman dengan lima tusukan di leher, tujuh tusukan di dada dan 1 tusukan di lengan.
Suasana luar mahkamah bertukar sayu apabila ibu tertuduh yang gagal mengawal emosi mengejar anaknya serta merayu supaya dibenarkan memelum tertuduh selepas hukuman dijatuhkan.
Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammed Ali Imran manakala tertuduh diwakili peguam bela Liew Hon Min.
Ratapan ibu undang sayu
Di luar kamar mahkamah, suasana sayu mengiringi tertuduh yang dibawa kembali ke sel selepas hukuman dijatuhkan.
— SinarHarian (@SinarOnline) October 25, 2021
Video itu yang tular di media sosial turut mengundang sebak warganet yang bersimpati dengan tubuh tua ini yang pastinya merindui si anak.
Video: Berita Harian
— SinarHarian (@SinarOnline) October 25, 2021
Kasihnya ibu kepada anak-anak sepanjang hayat. Buruk mana pun anak-anak, rasa kasih ibu tidak pernah pudar apatah lagi pengorbanan si abang mempertahankan maruah adik tersayang.
SUMBER: Sinar Harian