Ibu Kejar Anak Selepas Dijatuhkan Hukuman Mati, Ini Kisah Sedih Yang Ramai Tak Tahu

Pasti ramai masih ingat lagi dengan kes empat tahun lalu dimana seorang pemuda didakwa membunuh abang iparnya dalam satu kejadian di Kampung Sabah Baru, Jalan Tengah Nipah, Lahad Datu, Sabah.

Bagaimanapun, Oktober lalu mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh abang iparnya.

Namun ramai tidak tahu kisah disebalik kejadian itu dimana dalam kejadian 3 petang pada 16 Jun 2017, tertuduh Aldin Tawasil didakwa bertindak menikam abang iparnya, Ronston Tunai yang tergamak merogol adik isterinya sendiri.

Menurut laporan, supek yang berang apabila mengetahui insiden tersebut dan sebagai seorang abang sudah tentu mahu menjadi pelindung kepada adiknya.

Suspek dikatakan mengejar mangsa dan menikamnya berkali-kali. Bagaimanapun, tindakannya yang gagal mengawal amarah menghancurkan segalanya dalam sekelip mata.

Dalam kejadian itu, 13 tusukan pisau menembusi tubuh Ronston selepas berlaku pergelutan di antara mereka berdua.

Berdasarkan keterangan diberikan tertuduh, mangsa terlebih dahulu menyerangnya dengan pisau selepas perbuatannya merogol adik ipar terbongkar.

Tertuduh dalam keterangan memaklumkan dia menikam mangsa kerana berang selepas mengetahui adik perempuannya dirogol.

Bagaimanapun, keterangan tertuduh yang mengemukakan bukti tindakannya adalah untuk mempertahan diri tidak berpadanan dengan keadaan si mati.

Tertuduh didapati tidak mengalami sebarang kecederaan berbanding si mati yang mempunyai 13 kesan tikaman dengan lima tusukan di leher, tujuh tusukan di dada dan 1 tusukan di lengan.

Suasana luar mahkamah bertukar sayu apabila ibu tertuduh yang gagal mengawal emosi mengejar anaknya serta merayu supaya dibenarkan memelum tertuduh selepas hukuman dijatuhkan.

Kasihnya ibu kepada anak-anak sepanjang hayat. Buruk mana pun anak-anak, rasa kasih ibu tidak pernah pudar apatah lagi pengorbanan si abang mempertahankan maruah adik tersayang.

SUMBER: Sinar Harian