Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik serta melakukan sehabis baik mungkin untuk anak-anak namun adakalanya perkara tidak diingini tetap berlaku.
Baru-baru ini, tular video dikongsikan di aplikasi TikTok oleh Amiera Baharom dimana keluarganya berdepan detik cemas.
Menerusi video itu, memaparkan anak sulungnya, mengangkat adiknya yang masih bayi dan dilemparkan ke lantai.
Melihatkan pada video itu, bapa kepada bayi itu bergegas mahu mengambil bayi berkenaan tetapi anak sulungnya terlebih dahulu melemparkan bayi.
Pada video itu turut dimaklumkan, anak sulung mereka mempunyai masalah ‘mild autism’ dan mungkin itu adalah punca mengapa dia berbuat demikian.
Keluarga itu turut memaklumkan keadaan bayi mereka berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang luka.
“Pengajaran bagi kami untuk lebih berhati-hati dengan behaviour anak sulung kami,” tulisnya.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar keluarga itu diberi kekuatan untuk menjaga anak istimewa serta lebih peka selepas ini.
SUMBER: TikTok