Ibu Luah Rasa Geram Orang Lain Selamba Breastfeeding Anaknya Tanpa Izin

Setiap kali perayaan ataupun majlis pasti ibu bapa akan bimbang lebih-lebih lagi jika orang ramai mendekati anak mereka apatah lagi sekarang ini pelbagai penyakit boleh menyerang bayi dan kanak-kanak.

Lebih geram, ada yang sesuka hati mencium bayi tanpa meminta izin ibu bapa kepada anak tersebut serta menyuap makanan sesuka hati.

Namun, kisah dikongsikan seorang wanita bernama Afieqah ini sememangnya tidak masuk akal. Berkongsikan kisah di TikTok, wanita itu berkata kejadian berlaku ketika majlis akikah anaknya minggu lalu.

 

Katanya lagi, ketika itu dia sedang sibuk menguruskan majlis berkenaan dan individu tersebut meminta anaknya. Memikirkan individu tersebut orang terdekat, dia menyerahkan anaknya untuk dipegang.

Namun, dia tidak menyangka individu tersebut melakukan sesuatu diluar jangkaan apabila dilihat sedang direct breasfeeding anaknya tanpa keiizinannya.

Lebih bengang, Afieqah berkata Individu itu memberi alasan anaknya menangis sedangkan dia baru menyusukan anaknya itu.

Lebih mengejutkan, bukan sekali individu tersebut berbuat demikian, rupanya pertama kali kantoi apabila diketahui oleh ibunya.

Menurut Afieqah lagi, kejadian berlaku itu memberikan kesan kepadanya kerana sering teringat-ingat akan apa yang dilakukan oleh si pelaku.

Dalam pada itu, Afieqah berkata sukar untuk dia memaafkan perbuatan individu tersebut apatah lagi ianya melibatkan soal anaknya.

SUMBER: TikTok Afieqahhasanah