Ibu Meninggal Dunia, Netizen Sebak Lihat Frontliners Tenangkan Kanak-Kanak Ini

0
9675

iSaban hari, kes kematian melibatkan Covid-19 semakin meningkat. Lebih sedih ada yang kehilangan ibu bapa di usia muda akibat virus membawa maut itu.

Baru-baru ini tular perkongsian seorang pengguna TikTok ang juga seorang petugas kesihatan dikenali sebagai @__amin91__ memuat naik video dimana frontliners sedang menenangkan seorang kanak-kanak yang baru sahaaja kehilangan ibunya.

Difahamkan, kanak-kanak itu ditempatkan di pusat kuarantin dan menerima perkhabaran ibunya meninggal dunia akibat Covid-19.

https://www.tiktok.com/@___amin91___/video/6981961221213785371?referer_url=https%3A%2F%2Fohmymedia.cc%2F&referer_video_id=6981961221213785371&refer=embed&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Menerusi video dikongsikan beberapa petugas kesihatan sedang menenangkan kanak-kanak itu dengan menggosok belakang badannya yang dilihat sedih menerima berita duka tersebut.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna TikTok dikenali sebagai @kerol505 memaklumkan ibu kepada kanak-kanak tersebut adalah kakaknya.

@kerol505

Siti [email protected]… Kakak ku yang tercinta… Semoga ALLAH SWT satukan kita kembali disyurga firdaus… #covid #covid19

♬ original sound – Ikmal Alif – Ikmal Alif

Menreusi video berkenaan Kerol berkongsikan momen bersama arwah kakaknya yang disifatkan sebagai anak yang baik, isteri yang baik serta ibu yang baik.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut simpati dengan ujian yang perlu dilalui kanak-kanak itu serta mendoakan agar terus tabah.