Ibu Meninggal Lahirkan Anak Ketiga, Anak-Anak Redah Gelap Lawat Kubur Waktu Malam Kerana Rindu

Tidak dapat digambarkan perasaan apabila kehilangan orang tersayang buat selama-lamanya, apatah lagi merasai kehilangan ibu bapa di usia masih kecil.

Seperti kisah tular ini, seorang lelaki memuat naik beberapa gambar tiga orang kanak-kanak berjalan dalam kegelapan malam menziarahi pusara ibu mereka kerana terlalu rindu.

Dalam perkongsian di Facebook itu, Syaffiq S. Salleh memberitahu ibu kepada anak-anak itu dipercayai baru sahaja meninggal dunia selepas empat hari bersalin anak yang ketiga.

Lebih memilukan, salah seorang daripada kanak-kanak berkenaan memegang tanah yang masih basah sambil meminta maaf serta meluahkan rasa rindu kepada ibu tersayang.

Katanya lagi, kanak-kanak berkenaan dipercayai ‘curi-curi’ keluar ke pusara arwah ibu yang tidak jauh daripada rumah mereka tanpa pengetahuan orang dewasa yang pada ketika itu sedang mengadakan majlis tahlil.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak dengan kisah kanak-kanak tersebut yang masih lagi usia kecil sudah kehilangan ibu.

Dalam pada itu, rata-rata netizen berharap agar kanak-kanak berkenaan terus tabah serta mendoakan arwah ibu mereka ditempatkan dikalangan orang beriman.

SUMBER: Facebook