Semua mengetahui bahawa susu badan adalah yang susu terbaik buat bayi, jadi tidak hairanlah wujudnya baju untuk menyusu dan juga nursing cover untuk menyusukan anak jika berada di luar.
Bagaimanapun, masih ada yang kurang senang dengan tindakan para ibu menyusukan bayi mereka di tempat awam sehingga ada yang memandang serong.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter Nadmasrom berkongsikan gambar daripada video di aplikasi TikTok dimana seorang ibu menyusukan anak di kedai makan.
Bagaimanapun, video itu menimbulkan rasa kurang senang seorang netizen ini yang mengecam tindakan wanita berkenaan serta dilabel poyo.
Kesal dengan kecaman berkenaan, pengguna Twitter itu mengkritik netizen berkenaan dipercayai lelaki yang mungkin tidak tahu bahawa bayi menyusu tidak kira waktu.
Menurutnya lagi, tidak perlu pandang hina wanita bergelar ibu yang menyusukan anak mereka di mana-mana sahaja kerana bukannya mereka melakukan perkara tak senonoh.
Dalam pada itu, dia tidak membayangkan betapa kasihannya isteri individu tersebut mendapat suami sepertinya.
Perkongsian wanita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut kesal mengapa ramai diluar sana yang tidak menyokong breasfeeding sedangkan mereka menggunakan nursing cover dan bukan secara terbuka.
Ada yang berpendapat, mereka yang tidak menyokong sebenarnya berfkiran kotor namun menggunakan alasan wanita tidak pandai menjaga maruah.
Zaman dah maju ini sepatutnya lebih berfikiran terbuka apatah lagi ibu zaman sekarang tidak membuta tuli untuk menyusukan anak dikhayalak ramai memandangkan ada sahaja dijual penutup ssperti kain untuk menyusukan bayi.
SUMBER: Twitter Nadmasrom