Ibu Mertua Mira Filzah Sahkan Tiada Keluarga Tak Makan Dua Hari Di Kuala Kangsar

Umum mengetahui, baru-baru ini tular di media sosial rakaman panggilan telefon di Suria FM dimana seorang lelaki bercerita mengenai sebuah keluarga dibantu di Kuala Kangsar, Perak.

Menurut pemanggil tersebut, apabila mereka tiba rumah tersebut anak-anak kepada penerima bantuan terbaring kerana sudah dua hari tidak makan.

Perkara itu mendapat perhatian ramai malah nama ibu mertua kepada pelakon cantik, Mira Filzah iaitu Datuk Mastura Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar disebut-sebut.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, Datuk Mastura tampil menjelaskan mengenai perkara itu dimana pihaknya sudah bertemu keluarga terbabit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Datin Mastura Yazid (@masturayazid)

Dalam kenyataan dikongsikan, keluarga terbabit menafikan mereka berada dalam keadaan susah dan telah menerima bantuan. Keluarga itu juga mengakui tidak pernah terputus bekalan makanan.

Malah, keluarga itu berkata sama sekali tidak tahu menahu mengenai cerita yang disampaikan di radio Suria FM.

SUMBER: Instagram Mastura Yazid