Ibu Najib Razak Meninggal Dunia

Ibu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Tun Rahah Mohamed Noah, 87, menghembuskan nafas terkahir di hospital swasta di ibu kota hari ini. Perkara itu disahkan oleh Najib Razak menerusi akaun Facebook miliknya sebentar tadi.

“Innalillahwainnailaihirojiun, bonda saya sudah tiada, kami sekeluarga di hospital. Kesedihan dan air mata mengalir, tiada kata-kata untuk kehilangan ini,” tulisnya.

Semalam Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar menziarahi Tun Rahah.

Selain Seri Paduka Baginda, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenan menziarahi balu bekas Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein.

Sebelum itu, beberapa pemimpin negara termasuk Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pemimpin lain turut menziarahi Allahyarham.

SUMBER: Harian Metro