Ibu Neelofa Batal Trademark, Muncul Pula Pemilik Restoran Dakwa Resepinya Diambil

Selepas dikritik dan dikecam teruk oleh netizen, ibu kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Datin Noor Kartini membatalkan permohonan trademark bagi jenama ‘Harimau Menangis’.

Sedar akan kekhilafannya itu, Kartini berkata permohonan itu akan dibatalkan dalam masa terdekat dan berharap keputusannya itu dapat meredakan kontroversi tersebut.

“Saya memohon maaf dan sedar akan kekhilafan terjadi dan berharap keputusan yang saya buat hari ini dapat menjelaskan dan meredakan keadaan.

“Saya membuat keputusan untuk membatalkan permohonan ‘trademark’ nama Harimau Menangis dengan secepat mungkin.

“Tujuan asal saya memohon trademark ini adalah hanya untuk melindungi jenama perniagaan saya dan juga ejen jualan kami daripada masalah produk tiruan,” katanya.

Masih hangat lagi diperkatakan mengenai isu tersebut, hari ini muncul satu lagi isu apabila seorang pemilik restoran terkenal mendakwa resepinya diambil oleh Aunty Tini Kitchen.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Farhan Yaacob mendakwa resipi Daging Harimau Menangis yang dijual oleh ibu kepada selebriti popular itu merupakan resipi asal milik restorannya iaitu SIAM di Kelantan.

Menurut Farhan, dia ada berkongsikan resepi rahsia tersebut kepada salah seorang ahli keluarga Noor Kartini. Ujarnya, dia berkongsikan resepi tersebut atas dasar keluarga dan hanya mahu dimasak untuk keluarga.

Bagaimanapun, Farhan berkata dia tidak menyangka resepi tersebut digunakan untuk tujuan komersial. Malah, Farhan akui terasa hati dengan video tular mengenai isu selepas ini tiada siapa yang boleh guna nama Harimau Menangis.

Dalam pada itu, hubungannya bersama keluarga Noor Kartini tidak ada sebarang isu dan masih bersahabat baik sehingga kini.

Sementara itu, Farhan berkata hidangan tersebut adalah hak milik semua dan sesiapa sahaja boleh menjual menu yang sama.

SUMBER: FacebookÂ