Tidak dapat dinafikan, perkhidmatan makanan secara atas talian kini lebih menjadi pilihan kerana kita hanya boleh menempah makanan dan menantikan rider tiba di rumah.
Namun, ada sesetengah restoran mungkin tidak dapat mempercepatkan perkhidmatan atau mungkin menerima banyak tempahan sehingga menyebabkan ramai rider terpaksa menunggu lama di luar kedai.
Akibat daripada itu, rider berdepan kerugian masa, kekurangan pesanan dan pelanggan juga lambat menerima pesanan.
Baru-baru ini, ibu kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini berkongsikan video di TikTok menunjukkan suasana di luar sebuah kedai memaparkan sekumpulan rider sedang menunggu pesanan.
Menerusi video tersebut, Kartini meluahkan rasa syukur kerana restorannya mendapat sambutan yang hangat dari orang ramai apabila ramai rider berkumpul menandakan banyak menerima pesanan.
Namun, disebalik video tersebut lain pula pandangan netizen yang berpendapat lebih baik jika membantu utnuk percepatkan servis daripada merakam video.
Tidak kurang juga, ada netizen berpendapat pemilik sepatutnya memberi rider minuman percuma kerana perlu menunggu lama.
Apa pun netizen hanya memberi cadangan untuk menambah baik perkhidmatan dalam masa sama memajukan perniagaan ibu Neelofa.’