Ibu Selalu Ingatkan Tentang Seksa Kubur, Pelakon Layangan Putus Tetap Tayang Gambar Seksi

0
38842

Pasti ramai tahu sekarang hangat diperkatakan mengenai drama Layangan Putus yang sedang menjadi fenomena sedang disiarkan di Indonesia.

Malah, pasti ramai yang geram dengan watak Lydia ‘si perampas’ yang dilakonkan oleh Anya Geraldine.

Sering memuat naik gambar seksinya di Instagram, pelakon itu berkata ibunya sering mengingatkan mengenai seksa kubur. Kata Anya lagi, ibunya seorang yang bertudung dan sangat taat pada agama Islam.

Menurut Anya, ibunya turut mengikuti akuan Instagram miliknya dan tidak sampai hati untuk menyekat akaun ibunya.

Tambahnya, ibunya sering berkongsikan di WhatsApp mengenai seksa kubur dan video ceramah Ustaz Khalid Basalamah kepadanya.

“Begini, ibu saya antara individu yang mengikuti akaun Instagram saya. Jadi, saya tak sampai hati nak menyekat akaun dia dan pastinya dia lihat juga apa yang saya kongsikan.

“Ibu saya juga bertudung, sangat taat pada agama Islam. Kalau contohnya saya balik dari Bali dan ada berkongsi foto bikini atau apa, dia selalu WhatsApp saya,” katanya.

SUMBER: TikTokĀ