Ibu Terkilan Bayi Usia 3 Hari Bengkak Dada Disuap Biskut Oleh Mak Mertua

Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Namun, lain jadinya jika ada campur tangan terutama ibu bapa atau mentua.

Baru-baru ini tular video dikongsikan seorang pengguna TikTok yang meluahkan rasa kecewa apabila anaknya yang baru berusia 3 hari disuap biskut Marie oleh ibu mertuanya.

Wanita itu turut bersedih apabila anaknya bengkak dada berikutan disuap biskut tersebut 3 kali sehari oleh ibu mertuanya.

“Di mukanya banyak bintik-bintik merah. Saya sapu guna tepung kanji. Setelah itu dadanya bengkak sebab baru tiga hari tetapi sudah disuap biskut sebanyak tiga kali sehari,” jelas wanita itu.

Menerusi perkongsian lain, wanita itu mengatakan dia sudah menegur ibu mertuanya sebaliknya dia pula yang dimarahi.

Dalam pada itu, wanita itu berkongsikan keadaan anaknya kini semakin pulih dan anaknya itu kini berusia 4 bulan.

Diharap perkongsian wanita itu dapat dijadikan pengajaran buat ibu bapa diluar sana kerana bayi hanya boleh menerima makanan pejal apabila berusia 6 bulan.

SUMBER: TikTok Yustiiimdv