Setiap kali tibanya Hari Raya, ramai yang akan menantikan iklan Raya yang menarikan untuk ditonton. Malah, ramai yang berlumba-lumba untuk terbitkan iklan dengan mesej yang tersendiri untuk menjadikan ianya menarik.
Ada yang tampil dengan iklan yang membuatkan penonton terhibur dan ada yang dengan tema sedih serta menyentuh jiwa.
Seperti iklan daripada Furvit Pet yang diinspirasikan daripada kisah benar yang terjadi dalam kebanyakan pasangan yang sudah berkahwin.
Mengisahkan tentang Nazim dan Indah yang meraikan sambutan Hari Raya ke-13 mereka bersama-sama.
Melihatkan pada video berkenaan pada awalnya suami isteri tersebut sibuk menyiapkan juadah serta kuih raya pada malam raya.
Pada pagi raya, pasangan itu menikmati juadah raya bersama ‘anak’ mereka di meja. Kemudian kedengaran suara kanak-kanak memberi salam untuk datang beraya.
Namun apa yang sebak, budak-budak yang datang itu bukanlah kanak-kanak sebaliknya kucing-kucing yang meminta makanan dan pasangan itu sememangnya menantikan kedatangan mereka.
Di akhir video itu, turut memaparkan ‘anak’ yang makan bersama mereka itu merupakan kucing kesayangan mereka sekaligus membuatkan ramai sebak. Iklan tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada penonton yang turut mengalirkan air mata.
Malah, ada yang turut berkongsikan kisah mereka yang sudah enam tahun berkahwin namun belum dikurniakan zuriat dan turut mempunyai kucing.
Tidak kurang juga, ada yang mengatakan iklan tersebut mempunyai maksud mendalam dimana mengajar kita erti reda jika masih belum diberikan rezeki zuriat serta berkasih sayang sesama makhluk Allah.