Kecoh di media sosial hari ini apabila tular status Twitter seorang pengguna dari luar negara @ImamOfPeace berunsur fitnah menggunakan gambar Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menerusi Tweet itu, turut dimuat naik gambar Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, disebelahnya pula gambar menunjukkan wanita yang sedang dihukum sebat dikhalayak ramai.
Turut disertakan status mengatakan,”Queen Malaysia adalah wanita paling hipokrit di Asia, memasak untuk petugas barisan hadapan ketika wabak Coronavirus.
“Tetapi dia (Raja Permaisuri Agong) tidak akan berkata apa-apa mengenai wanita dan gay disana yang dipenjara dan dibunuh di bawah undang-undang Syariah.”
Perkongsian berbaur hinaan itu sekaligus mencetuskan kemarahan dikalangan rakyat Malaysia dan menyifatkan ianya sangat biadap.
Tidak hanya berdiam diri, rata-rata netizen Malaysia membalas komen pada perkongsian tersebut mengatakan bahawa gambar disebat itu bukan dari Malaysia tetapi Indonesia dan perkongsian itu adalah fitnah besar.
Kata netizen lagi, gambar yang dikepilkan itu adalah dari artikel yang disiarkan empat tahun lalu dan tiada sebarang kaitan dengan Raja Permaisuri Agong.
Pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah individu yang dikenali sebagai ‘Imam of Peace’ ini. Seorang pengguna Facebook MyZaidy Yusoff telah mendedahkan identiti sebenar individu ini atau sebenarnya Mohamad Tawhidi.
Menurutnya, Tawhidi merupakan seorang individu yang berasal daripada Iran namun menetap di Australia. Bukan itu sahaja, untuk makluman, Tawhidi juga merupakan seorang Syiah.
Tawhidi amat dibenci oleh penduduk Australia tetapi dia diaggap ‘hero’ oleh Amerika Syarikat. Tetapi di India, Tawhidi mempunyai pengikut yang ramai dan begitu disayangi oleh masyarakat extremist Hindu India kerana Tawhidi ini anti Zakir Naik & Muslim Pakistan.
Setakat ini, meskipun pelbagai kecaman dilemparkan pada kiriman tersebut, namun ianya masih belum dipadamkan lagi. Malah, tiada kenyataan lanjut daripada ‘imam’ berkenaan mengenai fitnah tersebut.