Imej Sering Dikecam, Yuna Harap Netizen Jumpa Ketenangan

Siapa yang tak kenal dengan penyanyi Yuna yang mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian dan berjaya melebarkan sayap hingga ke Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini cara pemakaian penyanyi itu sering menjadi bualan dan dikritik oleh netizen.

Memetik mStar Online, Yuna berkata dia sudah lali dengan kecaman netizen susulan pemakaiannya yang didakwa tidak sesuai dengan imej wanita muslimah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Y U N A (@yuna)

“Komen-komen tu normal sebab saya sering terima daripada saya mula menjadi artis lagi, saya tidak kisah sebenarnya… nak cakap apa pun mengenai saya silakan sebab perkara itu tidak langsung menjejaskan diri saya mahupun kerjaya,” katanya.

Menurut Yuna lagi, netizen boleh berkata apa saja mengenai dirinya dan begitu juga dirinya yang mempunyai hak untuk memakai apa saja.

“Kita tidak boleh ubah pemikiran orang dan layankan sangat apa kehendak semua orang, mereka boleh bercakap apa saja tapi ini adalah hak saya untuk menjadi seperti ini… saya langsung rasa tak tersinggung,” katanya.

Dalam pada itu, Yuna berkata apa yang penting suami dan keluarga memahaminya serta memberikan pesanan kepada netizen agar jumpa ketenangan.

“Siapa beri komen negatif itu cuba lihat dalam diri sendiri, fikir kenapa you nak rasa negatif terhadap orang lain. 

“Apa yang dalam diri you yang you rasa tak cukup untuk you nak cari kesalahan orang lain. I harap you jumpa ketenangan lepas ni,” katanya.

SUMBER: mStar Online