Individu Dakwa Lagu Pelukan Angkasa Sebar Dakyah Kebatinan, Ini Jawapan Komposer

Ahad lalu, Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) melabuhkan tirainya apabila lagu Pelukan Angkasa nyanyian Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan Shila Amzah dinobat sebagai Juara Lagu.

Bagaimanapun, seorang pengguna di Facebook berkongsikan dia menerima mesej daripada pembaca bukunya mendakwa lagu tersebut mempunyai unsur akidah kebatinan.

Menurut individu itu, teori itu buat selepas dipercayai lirik lagu berkenaan berkait rapat dengan sebuah buku bertajuk Ter-Sesat Kebatilan New Age.

Katanya lagi, berkata bahawa beberapa lirik tersebut dekat dengan akidah kebatinan di mana mempunyai unsur alam, ilusi, kebatinan beberapa unsur lain.

“Sebenarnya tidak pelik akidah sebegini disebar melalui lagu kerana kita telah melihat beberapa lagu yang terkenal di alam melayu ni turut melakukan perkara yang sama,” katanya.

Bagaimanapun, perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendakwa tindakan lelaki itu hanya untuk menumpang populariti lagu berkenaan untuk mempromosikan bukunya.

Malah, ada netizen yang mentertawakannya kerana seolah terlau taksub dengan teori konspirasi.

Dalam pada itu, perkongsian tersebut turut mendapat perhatian komposer lagu berkenaan yang juga ahli kumpulan SOG iaitu Raja Nazrin Shah.

“Salam, saya komposer lagu ini. Dan lirik lagu ini adalah hasil nukilan Fazleena Hishamuddin. Saya yang project the idea dan direction tema lirik untuk kak Faz terjemahkan dalam penulisan. Sekarang saya sedang menikmati perbahasan kalian tentang lagu ini,” katanya.

Ahad lalu, lagu Pelukan Angkasa ciptaan Raja Nazrin Shah dan Fazleena Hishamuddin dinobat sebagai juara AJL36 sekaligus membawa pulang RM100,000 dan trofi bersalut emas.

SUMBER: The Vocket