Individu Dedah Lokasi Perkahwinan Neelofa, PU Riz

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai selebriti terkenal Neelofa bakal diijabkabulkan dengan PU Riz pada hari Jumaat ini.

Meskipun tiada jawapan daripada tuan badan sendiri, namun pelbagai spekulasi netizen mengenai tarikh nikah pasangan itu.

Malah, seorang wartawan turut memuat naik status di Twitter memberi bayangan majlis pasangan itu akan berlangsung di St Regist Kuala Lumpur.

Perkongsian yang dibuat oleh wartawan sukan itu ternyata mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Malah, ada yang mengatakan tindakannya berkongsikan hal selebriti seakan tersalah ‘department’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Walaupun tiada kenyataan rasmi daripada Neelofa mahupun PU Riz sendiri, namun bekas pengacara MeleTOP itu seolah memberi hint memuat naik gambar sedang mencuba baju kahwin di Instagram.