Baru-baru ini, personaliti media sosial Khairulaming mengambil inisiatif mengunakan pengaruh media sosialnya untuk menyebarkan kesedaran mengenai pengambilan vaksin terutama dikalangan warga emas
Difahamkan, Khairulaming membuat hebahan serta meminta pengikutnya berkongsikan vaksinasi ibu bapa atau datuk nenek merkea agar menjadi inspirasi.
Bagaimanapun, perkongsian Khairulaming itu kurang disenangi oleh seorang individu ini yang memintanya berhenti menyebarkan peringatan tentang pentingnya mengambil vaksin COVID-19.
Malah, individu itu menuduh Khairulaming menerima bayaran daripada pihak tertentu susulan tindakannya menyebarkan tentang kepentingan vaksinasi.
ni baru satu dm. ada banyak lagi yg kena fight setiap hari. takpela yang penting dia dh seen message. nak educate orang ramai ni tak mudah. yang muda pun tolonglah stop sebar benda palsu and mengarut ni. kesian kat pakcik makcik yg jadi mangsa pic.twitter.com/p9anVFLACz
— Khairulaming (@khairulaming) May 28, 2021
Tidak melatah dengan tuduhan tersebut, Khairulaming menjawab dengan kemas dan padat sehingga membuatkan individu itu terdiam serta tidak membalas semula.
Perkongsian Khairulaming itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berkongsi pengalaman mereka berhadapan dengan golongan tersebut.
Malah, ramai memberi kata-kata semangat kepada Khairulaming supaya tidak berhenti memberi menyebarkan kesedaran mengenai pengambilan vaksin kepada masyarakat.
SUMBER: Twitter Khairulaming