Ingatkan Kena Scam Di Shopee, Usaha Budak 11 Tahun Berniaga Buat Netizen Sebak

Sebelum kita bermula dengan kisah kanak-kanak berusia 11 tahun ini menjual di Shopee, cuba kita ingat balik umur kita 11 tahun kita buat apa?

BACA: Dah Bayar Nak Barang Terus Sampai, Penjual Shopee Ini ‘Bedal’ Pembeli

Petang-petang main guli atau paling tidak pun bagi siapa yang sudah boleh bawa motor mesti konvoi keleiling kampung dengan kawan-kawan, kan?

Tapi nak buat macam mana, dulu tiada Shopee lagi,kan (alasan)? Itulah cerita menarik yang dikongsikan salah seorang pengguna Facebook, Cek Ammey Abu Bakar.

Melalui perkongsian Cek Ammey, pada mulanya dia sudah merasa bengang kerana jawapan yang diberikan oleh penjual berkenaan.

Bagaimanapun setelah beberapa soalan diberikan, penjual berkenaan memohon maaf selain menyatakan bahawa dia baru sahaja memulakan perniagaan di platform tersebut.

Malah ayat yang digunakan oleh adik berkenaan juga terlihat sopan dan dia sempat berterima kasih kepada pembeli di atas sokongan yang diberikan.

Melalui penjelasan ibu kepada adik yang bernama Umar itu, dia menjual di platform tersebut demi membeli telefon pintar. Ini kerana dia sudah pun terlepas beberapa kali sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Kadang-kadang kami perlu beri keutamaan kepada anak yang lebih tua (untuk sesi PdPR). Dia ada minta saya belukan telefon baru tapi melihatkan keadaan sekarang, kami tak mampu:

“Sebabnya kami perlukan duit untuk perkara penting lain seperti barang runcit, api air dan lain-lain bil. Jadi saya cakap pada dia untuk teruskan menjual dan boleh beli telefon baru dari hasil pendapatannya nanti,” jelas ibu Umar, Nurul Huda Azman.

Sedih bukan, bila pelajaran anak-anak terpaksa bersilih ganti sedangkan kita di sini senang-senang scroll social media tanpa buat apa-apa?

Menurut laporan mStar Online lagi, Umar belajar perkara berkenaan melalui perkongsian rakan bapanya selain turut merujuk kepada tutorial di Youtube.

Rata-rata komen yang ditinggalkan pada perkongsian Facebook berkenaan menyatakan rasa sebak dan tersentuh melihat kesungguhan Umar dalam membantu keluarga dan juga mencapai cita-citanya.

Bagi siapa yang nak tolong sold out-kan barang di gerai Shopee Umar, boleh klik di sini.

Sumber: mStar Online