Ingkar Perintah Jogging Di Taman, Doktor Bertekak Dengan Penguatkuasa

Meksipun kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak COVID-19, namun ramai yang masih berdegil. Lebih teruk ada yang sesuka hati melakukan aktiviti seperti biasa termaksuk beriadah di taman dan bersenam.

Lebih hairan apabila seorang doktor pakar jantung yang cukup arif tentang sistem pernafasan yang dikaitkan dengan wabak COVID-19 turut ingkar perintah kerajaan dengan jogging di taman di siang hari.

Turut tular sebuah video dimana memaparkan keadaan bertukar menjadi kecoh apabila lelaki berkenaan bukan sahaja enggan pulang ke rumah selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan, sebaliknya bertekak dengan anggota penguatkuasa.

Malah, lelaki yang mendakwa dirinya doktor pakar Kardiologi bernama Dr Ong itu turut mempersoalkan mengapa dia dilarang untuk jogging di taman.

 

Lelaki itu turut memberikan alasan jogging mampu menyihatkan badan dan bebas daripada virus. Tambahnya lagi, dia turut membantu orang ramai dalam usaha untuk mengurangkan wabak COVID-19.

Video tular itu menimbulkan kemarahan netizen yang mengecam tindakan lelaki tersebut yang disifatkan penting diri. Malah, netizen berkata sebagai doktor dia sepatutnya tahu tentang keadaan negara sekarang.

Diakhir video, anggota penguatkuasa dilihat masih meminta lelaki berkenaan untuk beredar dan pulang ke rumah.

Isnin lalu, kerajaan mengambil langkah drastik dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara bermula 18 Mac sehingga 31 Mac ini. Ia bagi membendung penularan wabak COVID-19 yang kini mencatatkan kes sebanyak 1,000 orang.

Leave a Reply