Ini 9 Produk Kosmetik Ada Racun, Buah Pinggang Boleh Rosak!

Mencari kesempurnaan dalam penampilan adalah sifat semulajadi manusia namun dalam masa yang sama, kita sebagai pengguna harus bijak dalam menilai produk yang sesuai untuk digunakan.

BACA: 102 Hari Tak Berjumpa, Video Ibu Dan Anak Ini Buat Netizen Rindu Keluarga

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan senarai beberapa produk kosmetik yang merbahaya dan tidak selamat digunakan. Bagi menjimatkan masa anda, kami senaraikan 9 produk tersebut seperti di bawah:

1. Deeja Cosmetics: Laika Cream, Zulai Cream, Yus Cream)
2. Dnars Luvee Cream (Normal & Sensitif) dan Gold Lifthing Serum (Night)
3. Sparkle Beauty Cream dan Sun Day Cream
4. Qeziger Age-locking Recharging Spot AM Cream
5. MS Skinz Night Cream

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, produk yang disenaraikan dikesan mengandungi racun berjadual seperti merkuri, hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17-Valerate.

“Kami menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan sembilan produk kosmetik ini,” katanya kepada Harian Metro.

Jelas beliau lagi, di antara beberap bahan merbahaya yang digunakan, merkuri juga turut dilarang dalam penghasilan produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan malah ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan buah pinggang dan sistem saraf.

“Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit,” katanya.

Jadilah pengguna yang bijak, dan sayangilah kehidupan yang sekali ini.