Ini Apa Yang Penduduk Selangor, KL & Putrajaya Perlu Patuh Sepanjang PKPB

Sebentar tadi Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 14 Oktober hingga 27 Oktober ini.

Beliau berkata berkata keputusan itu dibuat selepas mendengar nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) berikutan peningkatan kes COVID-19 serta mengambil kira peningkatan dan penularan kes yang berlaku.

Seperti diketahui susulan pelaksanaan PKPB, pergerakan keluar masuk atau merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka dikehendaki menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

Aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti berikut:

  • Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.
  • Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.
  • Masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam adalah DITUTUP.
  • Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan dan pertunangan adalah TIDAK DIBENARKAN.
  • Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga TIDAK DIBENARKAN.
  • Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi, industri dan perkilangan di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.