Ini Cara Untuk Buat Bantahan Trademark Nama ‘Harimau Menangis’

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai ibu kepada selebriti terkenal yang mahu mempatenkan nama ‘Harimau Menangis’ di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Lebih menjadi perhatian apabila menerusi satu perkongsian di Insta Story, dia memaklumkan bahawa selepas ini tiada pihak dapat menggunakan nama ‘Harimau Menangis’ itu.

Bagaimanapun, perkara itu mengundang rasa tidak puas hati dikalangan netizen yang mengatakan nama Harimau Menangis itu sudah digunapakai sejak dahulu lagi.

https://twitter.com/AzlilAdzif/status/1349166851511644161

Malah, ramai rasa kurang senang dan beranggapan bahawa tindakan tersebut boleh ‘membunuh’ peniaga-peniaga kecil yang turut sama mengeluarkan produk makanan Daging Harimau Menangis.

 

Susulan itu, rata-rata netizen mahu membuat bantahan dengan menghantar email kepada MyIPO. Menerusi perkongsian di Twitter seorang netizen menunjukkan cara untuk membuat bantahan berkenaan.

SUMBER: Twitter