Ini Harga Sebenar Seterika Neelofa Hadiahkan Untuk Kakaknya

Di antara adik-beradik selebriti popular Neelofa, Noor Nabila yang merupakan bekas isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad antara yang dikenali ramai.

Sebelum ini menerusi video di saluran YouTube bersama sahabat baiknya Rosix, Nabila pernah memaklumkan dia akan berpindah ke kediaman baharu. Malah, Nabila juga pernah berkongsi video dimana dia meninjau perabot-perabot untuk menghiasi rumahnya.

Terbaru, menerusi satu perkongsian di Insta Story, Nabila mengucapkan terima kasih buat adiknya, Neelofa kerana menghadiahkan sebuah set seterika berjenama Laurastar. Menurut Nabila, hadiah itu diberikan bersempena dengan rumah barunya.

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah harga seterika tersebut yang dianggarkan hampir RM13,000. Difahamkan seterika itu adalah model dan keluaran terkini bagi jenama itu.

Seterika model Smart U ini dilengkapi pelbagai teknologi canggih termasuklah mengutamakan faktor keselamatan terutama jika mempunyai kanak-kanak di rumah.

SUMBER: Murai.my