Ini Insan Di Sebalik Nama Yusuf Taiyoob Yang Ramai Tak Tahu

Setiap kali bulan Ramadan pasti akan kedengaran iklan buah kurma jenama Yusuf Taiyoob. Rasa tak lengkap kalau tak dengar suara bisikan ‘Yusuf Taiyoob’.

Namun, ramai yang tidak tahu siapa sebenarnya Yusuf Taiyoob. Datuk Seri Yusuf Taiyoob, 63 tahun merupakan anak jati Pulau Pinang juga dikenali sebagai Raja Kurma Malaysia.

Disebalik jenamanya kini yang sudah gah dan dikenali ramai, sebelum ini ahli perniagaan ini pernah berdepan kegagalan. Ini lapan fakta mengenai Yusuf Taiyoob yang dikongsikan oleh Taqi Amssb menerusi Facebook.

1. Gagal dalam perniagaan pertama iaitu menjual minyak wangi di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas pada tahun 1977.

2. Walaupun di usia muda (19), beliau hadapi tekanan sehingga muntah darah akibat dari kegagalan bisnes pertama tersebut.

3. Bangkit semula dengan mengusahakan perniagaan berkaitan kosmetik iaitu Yusuf Cosmetic pada 1979. Tapi hanya bertahan selama 2 tahun.

4. 1988 beliau bangit sekali lagi dengan menubuhkan syarikat gergasi ini yang berdaftar atas nama beliau sendiri; Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd.

5. Kini membekal 30 jenis Kurma dan lebih 100 produk makanan ke seluruh Malaysia, Indonesia, Singapura, dan Thailand.

6. Jenis kurma Yusuf Taiyoob yang paling popular iaitu Waseem, Safiya dan Safina adalah berasal dari nama anak-anak beliau.

7. Kilang Yusuf Taiyoob terletak di Kawasan Perindustrian Bukit Minyak, tempat yang sangat strategik, berada di tepi Lebuhraya PLUS. Siapa yang lalu, mesti tak akan terlepas pandang kilang beliau yang gah ini.

8. Dapat gelaran Datuk pada tahun 2002.

Apa yang dipelajari daripada kisah Raja Kurma Malaysia ini tidak bermakna sekali gagal kita akan gagal selamanya.

SUMBER: Facebook Taqi Amssb