Ini Jawapan Jujur & Pedas TMJ Bila Tanya Kenapa Benci Sangat Syed Saddiq

0
71504

Bulan lalu, bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq melakukan inisiatif mahu membotakkan kepala demi mengutip dana untuk membantu warga Muar, Johor untuk memiliki laptop.

Sementara itu, hangat diperkatakan menerusi satu perkongsian di Insta Story, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluahkan rasa tidak senang dengan tindakan individu yang dilihat semata-mata ingin mendapatkan perhatian.

BACA: Ini Punca Syed Saddiq Minta Maaf Pada TMJ

Meskipun tidak dinyatakan kepada siapa status itu dimuatnaik, Syed Saddiq dalam perkongsiannya di Twitter memohon maaf terhadap perkara berkenaan selain turut berterima kasih di atas sumbangan TMJ sebelum ini.

Terbaru, Tunku Mahkota Johor (TMJ) menjawab soalan yang diberikan oleh netizen Insta Story yang bertanyakan soalan mengapa membenci Ahli Parlimen Muar.

TMJ secara spontan menjawab kerana dia seorang yang berpura-pura. Tambah baginda lagi, seorang lelaki seharusnya mempunyai prinsip dan bukan sekadar berpura-pura di media sosial seperti lalang ditiup angin.

Dalam pada itu, netizen turut bertanyakan mengenai pandangannya terhadap Parti MUDA pimpinan Syed Saddiq. Baginda menjawab ianya bahaya jika disalahgunakan oleh individu-individu yang mempunyai agenda jahat dan kepentingan peribadi.

Meskipun tidak dinyatakan nama individu tersebut, bagaimanapun rata-rata netizen mengetahui ahli politik yang dimaksudkan itu.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.

SUMBER: OhBulan