Semalam, acara MotoGP Mandalika yang berlangsung di Lombok, Indonesia menjadi perhatian ramai apatah lagi ia merupakan penampilan pertama acara MotoGP di litar itu.
Bagaimanapun, cuaca buruk berlaku sebelum MotoGP bermula sehingga pihak penganjur terpaksa memanggil Raden Rara bagi memberhentikan hujan di litar Mandalika.
Siapa yang menonton semalam, pasti tahu hujan lebat mulai turun pada penghujung perlumbaan Moto2.
Hujan lebat yang turut sekaligus menangguhkan perlumbaan MotoGP. Turut menjadi perhatian penonton apabila Raden Rara dilihat berjalan di sekitar litar sambil membawa mangkuk sambil membaca mentera.
Pakai bomoh wei suruh stop hujan motogp indo hahahaha pic.twitter.com/7SkhBdv4CU
— Add your name (@hvziqyusoff) March 20, 2022
Memetik laporan Kompas, bomoh tersebut berkongsikan jumlah bayaran diterima sepanjang acara MotoGP berlangsung di Indonesia adalah sebanyak Rp 105 juta (RM30,000).
Rara juga memberitahu dia dibayar sebanyak Rp 5 juta (RM1,500) sehari dan dia sudah pun bekerja selama 21 hari.
Menurutnya lagi, bayaran diterimnya itu setimpal kerana dia diminta untuk bekerja tidak kira siang mahupun waktu malam.
Mengulas mengenai pekerjaannya mengendalikan hujan, Rara berkata dia menjadi bomoh hujan bukan hanya mengawal hujan tetapi membawa hujan ke arah lain.
“Oleh kerana ia adalah program, litar tidak boleh terlalu panas. Supaya suhu (litar) tidak sampai mengelupas, kita perlu mengekalkannya di bawah 50 darjah Celsius. Bila pagi diminta cerah, renyai-renyai sedikit sahaja,” katanya.
Difahamkan, Rara dilantik oleh Pusat Pembangunan Pelancongan Indonesia dan Persatuan Grand Prix Mandalika (MGPA) untuk mengurus ‘cuaca’ sepanjang acara perlumbaan dunia ini berlangsung.
SUMBER: The Vocket