Ini Jumlah Tekapan Seterika Pada Badan Arwah Zulfarhan Yang Dikatakan ‘Tiada Niat Membunuh’

0
83906

Selepas empat tahun, semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan lapan belas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didapati bersalah menyebabkan kematian Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Enam tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Zulfarhan Osman tanpa niat membunuh dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun.

Manakala, 12 lagi tertuduh bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba.

Menerusi prosiding tersebut, mahkamah turut memutuskan sebanyak 90 tekapan seterika wap yang dilakukan oleh lima penuntut pada anggota badan Zulfarhan telah menyebabkan kematian mangsa namun dikatakan tiada niat membunuh.

Menurut Pakar Perubatan Forensik Hospital Serdang, r Salmah Arshad dan Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Rohayu Shahar Adnan, kematian mangsa bukan kematian mengejut selepas dicederakan.

Mahkamah membuat penemuan fakta, tertuduh pertama hingakelima menyebabkan 90 tekapan seterika wap pada Zulfarhan.

“Tertuduh pertama, kedua, keempat dan kelima mengaku menekap hanya sekali atau dua kali, tertuduh ketiga tidak mengaku menekap namun tertuduh keenam dan seorang laki saksi mendakwa tertuduh ketiga turut menekap,” katanya.

Bedah siasat mendapati, terdapat 90 kesan luka lecur di hampir keseluruhan badan termasuk kedua-dua belah punggung dan zakar mangsa.

Dr Salmah dan Dr Rahayu bersetuju 90 kesan tekapan seterika pada tubuh mangsa kecuali pada bahagian muka dan belakang tapak tangan.

“Jika mangsa memakai baju lengan panjang dan umur mangsa panjang maka parut tidak akan kelihatan, begitulah betapa telitinya orang yang menekap seterika wap panas ditubuh mangsa.

“Tertuduh-tertuduh menyatakan mereka sayang kepada mangsa, mereka mereka tidak rasa sayang, muka Zulfarhan juga akan ditekap,” katanya.

Pada 21 dan 22 Mei 2017, Zulfarhan Osman telah dibawa ke bilik 03-05 Blok Jebat jam 2.30 pagi dan bermula sesi memukul mangsa oleh tertuduh bertujuan untuk mendapatkan pengakuan mangsa.

Pada 22 Mei 2017, jam 4.45 pagi hingga hampir Subuh, mangsa mula diseksa dengan menggunakan seterika wap oleh Muhammad Akmal, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif, Mohamad Shobirin atas arahan Muhammad Hasif apabila mangsa tidak mengaku mencuri komputer riba berkenaan.

SUMBER: Bernama